Wiko View4 Lite Akan Mula Dijual Di Kedai Atas Talian Dengan Harga RM399 Bermula 17 Mac

Wiko View4 Lite Akan Mula Dijual Di Kedai Atas Talian Dengan Harga RM399 Bermula 17 Mac

Diterbitkan pada Mac 13, 2020 oleh .

Jenama peranti dari Perancis, Wiko yang terkenal untuk siri peranti mampu-milik mereka akhirnya kembali dengan sebuah peranti baru untuk pasaran tempatan.

Peranti tersebut ialah Wiko View4 Lite dan ia dilengkapi dengan paparan bersaiz 6.52 inci dengan resolusi HD+ (1600×720) dan dikuasakan oleh CPU MediaTek Helio A25, memori sebanyak 2GB dan storan sebesar 64GB yang boleh dilanjutkan sehingga 256GB menggunakan kad microSD.

Ia juga mempunyai kamera pandang belakang dengan sistem dwi lensa 13MP dan 2MP dengan teknologi kecerdasan buatan dan bokeh pintar terbina. Dalam pada itu, bateri 4000mAh memastikan peranti ini bertahan sepanjang hari dengan satu pengecasan yang penuh.

Wiko View4 Lite ini akan mula dijual di pasaran tempatan melalui kedai atas talian di Lazada bermula 17 Mac ini pada harga RM399. Diantara aksesori-aksesori yang akan tiba bersama peranti ini termasuklah sebuah rangka pelindung, skrin pelindung dan juga fon telinga. Dari segi pilihan warna, peranti ini hadir dengan pilihan Deep Blue, Deep Green dan Deep Gold.


TIPS & ULASAN