Nubia Turut Melancarkan Beberapa Aksesori, Termasuk Dermaga Untuk Gaming

Nubia Turut Melancarkan Beberapa Aksesori, Termasuk Dermaga Untuk Gaming

Diterbitkan pada Mac 13, 2020 oleh .

Nubia telah pun melancarkan peranti gaming mereka, Nubia Red Magic 5G. Ia hadir dengan skrin 6.65-inci 144Hz, dijana cip Snapdragon 865, pilihan memori sehingga 16GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Ia turut melengkapkan ia adalah bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 55W. Sokongan penyejukan dinamakan Active Liquid-Cooling turut disertakan yang mempunyai tahap sejuk 200% lebih baik berbanding peranti lama.

Selain itu, Nubia turut melancarkan beberapa aksesori yang sesuai melengkapkan keperluan seorang pemain permua yang menggunakan peranti gaming. Antaranya adalah pengecas 65W GaN yang mempunyai dua port USB-C dan satu port USB-A, pengecas Power Delivery 55W, power bank 27W power delivery 10000mAh, power bank 45W 20000mAh, dan dermaga untuk gaming yang boleh ditambat oleh Nubia Red Magic 5G melalui port magnetik. Dermaga ini mempunyai port bicu audio, port LAN dan port USB-C. Nubia turut melancarkan kerangka pelindung tersendiri, pelindung skrin kaca tersendiri dan juga kabel USB-C 5A tersendiri.

Harga jualan setiap aksesori ini juga adalah menarik. Seperti harga jualan peranti Red Magic, harga setiap aksesori ini juga tidak begitu mahal. Ia berada dalam kategori mampu milik.

  • Pengecas Red Magic 65W GaN – RMB 169, ~RM104
  • Pengecas Red Magic 55W PD – RMB 109, ~RM67
  • Power Bank Red Magic 27W PD 10000mAh – RMB 149, RM91
  • Power Bank Red Magic 45W PD 20000mAh – RMB 299, ~RM183
  • Dermaga Red Magic 5G Gaming – RMB 199, ~RM122
  • Kerangka Pelindung Red Magic – RMB 49, ~RM30
  • Pelindung Skrin Kaca – RMB 39, ~RM24
  • Kabel USB-C – RMB 59, ~RM36

TIPS & ULASAN