Carian
Realme 6i Bakal Hadir Dengan MediaTek Helio G80 Dan Kamera 48MP
March 13, 2020 Aman

Realme baru sahaja memperkenalkan Realme 6 dan Realme 6 Pro pada peringkat global pada minggu lepas, dan kini mengacah kehadirannya untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Selain daripada kedua-dua model berkenaan, satu lagi telefon pintar dijangka akan diperkenalkan dibawah siri Realme 6, iaitu Realme 6i.

Realme 6i

Realme 6i dijangka akan hadir dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G80, selain menggunakan empat kamera dibelakang dengan sensor utama 48-megapixel.

Buat masa ini, spesifikasi penuh telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi, tetapi ia turut dijangka hadir dengan bateri berkapasiti besar dibawah siri Realme 6, iaitu sebesar 5000mAh.

Realme dijangka memperkenalkan ia di Myanmar pada bulan Mac 2020.

Komen