Cari @ Amanz

Menjadi kebiasaan untuk sesuatu peranti melepasi pengesahan Sirim terlebih dahulu sebelum ia dilancarkan secara rasminya di Malaysia. Menariknya, terbaru, telefon pintar Huawei P40 Pro 5G dilihat telah pun melepasi pengesahan Sirim di Malaysia.

Melalui senarai log Sirim terbaru, ia dilihat peranti Huawei dengan model ELS-NX9 telah pun melepasi pengesahan Sirim. Daripada desas-desis, ia dijangka adalah telefon pintar Huawei P40 Pro 5G akan datang.

Huawei P40 Sirim

Huawei masih belum melancarkannya secara rasmi buat masa ini. Ia dijangka menyertakan cip Kirin 990, selain dilengkapi sokongan rakaman gambar yang sangat cantik padanya. Pengesahan Sirim ini juga memperlihatkan telefon pintar ini akan hadir dengan sokongan rangkaian 5G yang disahkan untuk pasaran Malaysia.

Huawei bakal melancarkannya secara rasmi pada 26 Mac kelak, dimana kita akan mendengar lanjut mengenai telefon pintar ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd