Carian
Apple Akan Menganjurkan Acara WWDC 2020 Secara Atas-Talian
March 14, 2020 Aman

Apple hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menganjurkan acara memfokuskan pembangun, iaitu WWDC 2020 pada tahun ini secara atas-talian sepenuhnya. Ia turut akan membawakan format serba baru yang meliputi kandungan untuk para pengguna, pembangun dan sebagainya.

WWDC merupakan acara dimana Apple sering berkongsi sejumlah penawaran baru yang akan hadir pada sistem operasi iOS, iPad OS, macOS, watchOS dan juga tvOS.

Apple WWDC 2020

Apple mengatakan mereka berubah kepada format secara atas-talian ini disebabkan situasi keadaan kesihatan semata – selain pada masa yang sama memastikan kandungan dan penawaran mereka dapat dicapai oleh lebih ramai pengguna seluruh dunia.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan WWDC 2020 yang akan berlangsung pada Jun 2020 ini untuk melihat pelbagai penawaran baru yang bakal dibawakan oleh Apple.

Komen