Lebih 110 Juta Unit Telefon Dibawah Siri Redmi Note Telah Terjual Setakat Ini

Lebih 110 Juta Unit Telefon Dibawah Siri Redmi Note Telah Terjual Setakat Ini

Diterbitkan pada Mac 14, 2020 oleh .

Xiaomi hari ini mengumumkan mereka telah menjual lebih 110 juta telefon pintar dibawah siri Redmi Note setakat ini.

Redmi Note merupakan telefon pintar mampu-milik dibawah siri Redmi, dan menyertakan skrin dan bateri bersaiz besar bersama dengannya. Telefon dibawah siri Redmi Note telah ditawarkan sejak 2014 yang lepas, dan versi paling baru adalah Redmi Note 9 Pro dan juga Redmi Note 9 Pro Max.

Buat masa ini, pihak Xiaomi masih belum mengumumkan lagi bilakah akan menawarkan Redmi Note 9 untuk pasaran tempatan. Tetapi, memandangkan kita telah melihat ia melepasi pengesahan Sirim, maka kita mungkin melihat ia dilancarkan secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi.



TIPS & ULASAN