Cari @ Amanz

Apple mempunyai sejumlah penawaran komputer menarik dibawah mereka, dan salah satu yang memfokuskan kepada kemudahan untuk dibawa kemana-mana adalah MacBook Air.


Terbaru, hadir desas-desus melalui web mengatakan Apple mungkin memperkenalkan kemaskini untuk MacBook Air seawal minggu hadapan. Apple dijangka menawarkan kemaskini dari segi spesifikasi untuk komputer riba MacBook Air sedia ada – mungkin menjadikannya beroperasi dengan lebih efisien dan pantas.

Pengenalan kemaskini seperti ini adalah sesuatu yang biasa – sekaligus memastikan produk mereka kekal relevan sepanjang masa.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan MacBook Air dalam masa terdekat, mungkin boleh menangguhkannya dan menantikan pengenalan model baru ini sebelum membuat keputusan akhir.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd