Xiaomi Bakal Melancarkan Redmi Note 9S Di Malaysia Pada 23 Mac 2020

Xiaomi Bakal Melancarkan Redmi Note 9S Di Malaysia Pada 23 Mac 2020

Diterbitkan pada Mac 15, 2020 oleh .

Redmi telah memperkenalkan siri Redmi Note 9 di India baru-baru ini, memperkenalkan dua variasi peranti dibawahnya – iaitu Redmi Note 9 dan juga Redmi Note 9 Pro. Menariknya, selain kedua-dua model berkenaan, satu lagi variasi peranti dijangka diperkenalkan, iaitu Redmi Note 9S.

Redmi Note 9s

Melalui gambar acah yang dikongsikan pihak Xiaomi Malaysia, mereka memperlihatkan Redmi Note 9S bakal dilancarkan di Malaysia pada 23 Mac 2020 kelak. Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada ia hanya variasi penjenamaan semula, atau akan menawarkan spesifikasi yang berbeza.

Gambar acah juga turut memperlihatkan penggunaan empat kamera belakang bersama dengannya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan kejutan pihak Xiaomi melalui peranti terbaru ini tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN