Cari @ Amanz

WhatsApp Menguji Ciri Mesej Yang Terpadam Dengan Sendiri

Link Copied!

Dua minggu lalu WhatsApp memperkenalkan mod tema gelap pada aplikasi Android dan iOS. Ini dilakukan selepas ia diuji sejak pertengahan tahun 2019. Kini tiba giliran ciri mesej yang terpadam dengan sendiri pula sedang diuji oleh WhatsApp.

Menerusi ciri ini pengguna boleh menetapkan mesej akan terpadam dengan sendiri selepas 1 jam. 1 hari, 1 minggu, 1 bulan atau 1 tahun. Ciri ini boleh digunakan pada WhatsApp Beta  V2.20.83 dan ke atas. Sekiranya ciri ini diberikan kepada semua kelak, ia sebuah lagi ciri yang dipinjam dari aplikasi pemesejan Telegram yang merupakan pesaing WhatsApp.


Komen ()