Siri Samsung Galaxy S20 – Rekaan Skrin Yang Baik Untuk Pemain Permua

Siri Samsung Galaxy S20 – Rekaan Skrin Yang Baik Untuk Pemain Permua

Diterbitkan pada Mac 27, 2020 oleh .

Kebelakangan ini, permainan mudah alih (permua) sedang mendapat sambutan yang hangat, terutamanya oleh generasi muda. Jika dahulu, para pemain permua memerlukan peranti yang besar untuk bermain, kini hampir kesemuanya bersaiz kecil dan mudah untuk dibawa kemana sahaja. Telefon pintar adalah antara peranti yang mengalami evolusi dari segi rekaannya yang mana ia kini telah menyertakan pelbagai fungsi bagi membolehkan pengguna untuk bermain permua.

Samsung adalah antara syarikat pengeluar peranti pintar yang memasarkan pelbagai model untuk kegunaan permua. Antara telefon pintar terkini adalah siri Samsung Galaxy S20. Telefon pintar ini terkenal dengan fungsi kameranya yang dapat membuat rakaman zum sehingga 100x. Namun, bukan sekadar kameranya sahaja, malah rekaan yang dibawanya adalah sesuai untuk digunakan oleh para pemain permua.

Kita mulakan dahulu dengan rekaan skrinnya yang dilengkapi oleh paparan Infinity-O. Melalui rekaan ini, ia membolehkan anda untuk menikmati paparan yang lebih luas memandangkan tiada takuk diatas seperti rekaan tahun-tahun lalu. Sebaliknya, hanyalah lubang kecil di bahagian tengah atas skrin peranti yang menempatkan kamera hadapan dengan sensor 10MP untuk peranti ini . Bezelnya yang hampir tidak kelihatan juga memberi peluang kepada anda untuk menikmati paparan yang lebih luas.

Selain itu, skrin untuk siri Samsung Galaxy S20 ini juga dibina dengan rekaan Dynamic AMOLED 2X. Dengan binaan skrin ini pada peranti, ia membuatkan skrin anda menjadi lebih sensitif terhadap sentuhan sekaligus mengurangkan kesan kadar pendam (latency) apabila bermain permua. Malah, kadar segar semulanya yang setinggi 120Hz juga dapat memberi anda keselesaan dalam membuat tatalan skrin dan mendapatkan pengalaman peralihan skrin yang lebih lancar. Ini menjadikan respon sentuhan pada skrin menjadi lebih reaktif dan membantu anda untuk mendapatkan pengalaman permainan yang lebih baik.

Bagi anda yang sering bermain permua dalam tempoh masa yang lama, ia sedikit sebanyak dapat mengganggu penglihatan anda kerana peratusan Blue Light yang tinggi pada skrin. Namun, ia berbeza bagi siri Galaxy S20 ini kerana peratusan Blue Lightnya dikurangkan sebanyak 18%. Walaupun peratusannya dikurangkan, anda tidak perlu risau kerana kualiti paparannya tidak akan terjejas.

Sekiranya anda menggunakan siri Galaxy S20 ini untuk bermain permua, ia akan menjamin kelancaran sepanjang permainan anda. Melaluinya, anda dapat bermain permua dengan lebih lancar tanpa sebarang gangguan seterusnya memberikan pengalaman permainan yang lebih mendalam sekaligus dapat meningkatkan lagi prestasi permainan.

Untuk pengetahuan anda, telefon pintar ini juga hadir dengan tujuh pilihan kerangka yang terdiri daripada 3 kerangka pintar dan 4 kerangka daripada material yang berbeza. Kita mulakan dengan kerangka pintar pertama, iaitu Smart LED View Cover. Kerangka ini mempunyai rekaan yang melindungi peranti secara menyeluruh, di bahagian hadapan dan juga belakang. Ia membolehkan anda menetapkan ikon tertentu untuk terpapar pada kerangka apabila anda menerima panggilan.

Manakala bagi Smart LED Cover pula, ia mempunyai fungsi yang hampir sama seperti LED View Cover. Apa yang membezakannya adalah kerangka ini hanya melindungi bahagian belakang peranti sahaja. Seterusnya adalah Smart Clear View Cover, yang turut hadir dengan rekaan perlindungan peranti secara menyeluruh. Kerangka ini membolehkan anda untuk menjawab panggilan atau melihat pelbagai notifikasi tanpa perlu membuka pelindung hadapannya.

Empat kerangka seterusnya pula berbeza dari segi material yang digunakan dan fungsinya. Material tersebut adalah polikarbonat, kulit, silikon dan KVADRAT iaitu kerangka dengan material kain yang diperbuat daripada botol plastik kitar semula. Namun, kerangka dengan material polikarbonat bukan sahaja boleh diposisikan pada sudut 45 dan 60 darjah, malah dalam ujian jatuhan peranti daripada US Military (MIL-STD-810G-516.7), peranti ini dikatakan dapat memberi perlindungan yang cukup tahan lasak. Kesemua kerangka ini dijual pada harga bermula RM99 hingga RM229.

Jadi, sekiranya anda seorang pemain permua atau sedang mencari telefon pintar yang sesuai untuk kegunaan harian, penggambaran yang cantik dan ingin mendapatkan pengalaman permainan permua yang lancar, siri Galaxy S20 adalah jawapannya. Bagi anda yang berminat, telefon pintar ini sudahpun dipasarkan di Malaysia pada harga bermula RM3,599 dan boleh dapatkannya melalui laman rasmi Samsung atau pengedar-pengedar rasmi mereka.

Beli: Siri Galaxy S20 Melalui Laman Rasmi Samsung

Penafian: Advertorial daripada Samsung Malaysia


TIPS & ULASAN