Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan telefon pintar dengan skrin boleh-lipat secara rasminya di Malaysia bermula 20 Mac 2020 ini. Telefon pintar ini akan ditawarkan pada harga RM11,111.
Huawei Mate Xs hadir dengan sokongan rangkaian 5G, dilengkapi dengan skrin 8-inci yang boleh dilipat kepada telefon 6.6-inci, dijana cip Kirin 990 5G, dan bateri berkapasiti 4500mAh. Untuk pasaran tempatan, ia turut hadir dengan memori 8GB RAM dan storan 512GB.
Untuk rakaman gambar, telefon pintar ini hadir dengan kamera 40MP + 16MP +8MP.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Huawei Mate Xs ini pada harga RM11,111 di Malaysia bermula 20 Mac ini, dan turut akan menerima kerangka kulit serta fon telinga nirwayar FreeBuds 3.