Nokia C2 Diperkenalkan – Hadir Dengan Android Go
March 16, 2020
Nokia
Aman
HMD Global kini telah menambah satu lagi peranti mampu-milik dibawah penawaran mereka, iaitu Nokia C2.

Nokia C2 hadir dengan skrin 5.7-inci HD+, dilengkapi cip empat-teras 1.4Ghz, memori 1GB RAM dan storan 16GB. Ia turut dilengkapi dengan bateri 2800mAh, dan dicas menggunakan mikro-USB.
Melengkapkan peranti berspesifikasi asas ini adalah kamera belakang 5-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Ia turut hadir dengan sokongan radio FM, butang Google Assistant, dan juga sokongan bicu audio 3.5mm.
Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.