Apple Akhirnya Membayar RM 1.95 Bilion Kepada VirnetX Kerana Melanggar Paten

Apple Akhirnya Membayar RM 1.95 Bilion Kepada VirnetX Kerana Melanggar Paten

Diterbitkan pada Mac 16, 2020 oleh .

Selepas bertarung di mahkamah selama hampir sedekad, Apple akhirnya membayar ganti rugi berjumlah $454,033,859.87 (~RM 1.95 bilion) kepada VirnetX atas kesalahan menggunakan teknologi yang dipatenkan tanpa kebenaran. Menurut MacRumors, Apple bersetuju membayar ganti rugi selepas mahkamah tinggi menolak rayuan keputusan yang dijatuhkan pada April 2016.

VirnetX mengheret Apple ke mahkamah pada tahun 2010 kerana dikatakan menggunakan empat teknologi yang dipatenkan oleh mereka tanpa membayar lesen yang sewajarnya. Paten sistem keselamatan atas talian ini boleh ditemui pada aplikasi seperti iMessage. Apple didapati bersalah pada tahun 2016 oleh mahkamah Texas tetapi mereka melakukan pelbagai rayuan bagi menentang keputusan yang dijatuhkan.



TIPS & ULASAN