Cari @ Amanz

Cip berasaskan ARM paling berkuasa menurut penanda aras Geekbench 5 pada waktu ini ialah Apple A13 Bionic. Pemproses yang digunakan pada iPhone 11 ini hanya beberapa peratus lebih berkuasa jika dibandingkan dengan Snapdragon 865. Tetapi menurut laporan Research Snipers, cip Apple A14 kelak akan menjadi lebih berkuasa kerana pertama dengan teras ARM berkelajuan melebihi 3 GHz.

Apple A14 akan dilengkapi teras utama ARM berkelajuan 3.1 GHz. Teras ARM terpantas pada waktu ini ialah 2.84 GHz pada Snapdragon 865. Laporan yang sama mengatakan kemampuan memproses satu teras A14 adalah sehingga 25% lebih tinggi berbanding A13 Bionic. Kemampuan memproses multi-teras pula meningkat sehingga 33%.  A14 kelak ialah cip pertama Apple yang akan dihasilkan menggunakan teknologi 5nm menerusi teknologi TSMC.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd