Google Sedang Menguji Akses Pantas Untuk “Live View” Pada Google Maps

Google Sedang Menguji Akses Pantas Untuk “Live View” Pada Google Maps

Diterbitkan pada Mac 16, 2020 oleh .

Pada Ogos tahun lepas, Google telah melancarkan beberapa fungsi baharu pada Google Maps. Ini termasuk dengan Live View, iaitu panduan selok-belok melalui realiti terimbuh (AR). Pengguna hanya perlu mencari selok-belok sesuatu lokasi melalui cara jalan kaki dan tekan ikon seakan pin lokasi untuk mula menggunakannya. Ia mudah sahaja untuk digunakan, tetapi kadang-kadang fungsi ini boleh terlepas pandang kerana tiada pilihan tertentu untuk menggunakannya.

Oleh yang demikian Google baru-baru ini, telah menguji satu akses pantas untuk Live View bagi memudahkan lagi cara penggunaan fungsi ini. Google telah menambah butang aksi terapung pada Google Maps. Melalui butang khas ini, ia akan mengakses kamera untuk mengukur jarak berapa jauh dari posisi pengguna ke destinasi baharu. Akan ada panduan anak panah mengarahkan pengguna menggerakkan peranti menghala ke destinasi dan menguncinya kawasan destinasi baharu. Kemudian akan ada card terpapar, berbanding sebelum ini peta kecil berbentuk bulat pada bahagian bawah Google Maps untuk memulakan arahan selok-belok.

Fungsi Live View baharu ini ditemui oleh pihak 9to5Google dan adalah terhad. Ini bermakna Google membuat ujian A/B seperti biasa. Jadi ia akan diedarkan secara berperingkat kepada semua pengguna kelak.


TIPS & ULASAN