Cari @ Amanz

Dengan siri CPU AMD Zen 2 untuk komputer desktop, AMD telah melangkaui Intel didalam segmen pasaran tersebut dari segi prestasi dan juga tanda harga. Kini, AMD dilihat mahu mencabar Intel didalam satu lagi pasaran, iaitu CPU komputer riba.

AMD baru sahaja memperkenalkan CPU AMD Zen 2 untuk komputer riba berprestasi tinggi melalui siri CPU AMD Ryzen 4000 H yang terdiri daripada model-model Ryzen 9 hinggalah ke Ryzen 5.

Model-model yang diperlihatkan oleh AMD termasuklah:

    • AMD Ryzen 9 4900H (8 teras, 16 bebenang)
    • AMD Ryzen 9 4900HS (8 teras, 16 bebenang)
    • AMD Ryzen 7 4800H (8 teras, 16 bebenang)
    • AMD Ryzen 7 4800HS (8 teras, 16 bebenang)
    • AMD Ryzen 5 4600H (6 teras, 12 bebenang)
    • AMD Ryzen 5 4600HS (6 teras, 12 bebenang)

Terdapat beberapa perbezaan diantara semua model-model ini, misalnya model H hadir dengan TDP 45W, manakala model HS mempunyai TDP serendah 35W.

Siri CPU Ryzen 9 H dan HS mempunyai sebanyak lapan teras grafik Radeon Vega, manakala Ryzen 7 H dan HS mempunyai tujuh teras grafik, dan Radeon 5 H dan HS mempunyai enam teras grafik.

AMD mengatakan lagi untuk siri CPU AMD Ryzen 9 4900H dan 4900HS, prestasi pakej CPU tersebut boleh dibandingkan dengan CPU Intel Core i9 9880H yang menggunakan 45W, manakala dari segi prestasi grafik, lapan teras Vega ini bersamaan dengan sebuah GPU NVIDIA GeForce RTX 2060 MaxQ.

Siri-siri CPU AMD Ryzen 4000 H ini dijangka akan tiba di dalam komputer-komputer riba berprestasi tinggi bermula suku ketiga tahun ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd