Pra-Tempahan Samsung Galaxy Z Flip Dibuka Di Malaysia Hari Ini Pada Harga RM5888

Pra-Tempahan Samsung Galaxy Z Flip Dibuka Di Malaysia Hari Ini Pada Harga RM5888

Diterbitkan pada Mac 17, 2020 oleh .

Pra-tempahan Samsung Galazy Z Flip akhirnya dibuka di Malaysia bermula hari ini pada harga RM5888 sebuah. Ini didedahkan menerusi emel yang dihantar oleh Samsung Malaysia kepada pelanggan terpilih sekaligus menjawab persoalan di dada pengguna sejak Galaxy S20 mula dipasarkan beberapa minggu yang lalu.

Seperti Galaxy Fold, Samsung akan menawarkan gantian skrin percuma sekiranya berlaku kerosakan dalam masa 12 bulan pertama pembelian. Namun ini hanya akan diberikan kepada pengguna yang melakukan pra-tempahan diantara 10 pagi hingga 10 malam esok.

Galaxy Z Flip dilengkapi skrin boleh-lipat sebesar 6.7″ Dynamic AMOLED FHD+ yang digunakan juga adalah yang pertama menggunakan skrin ultra nipis UTG yang lebih tahan lasak berbanding skrin plastik Fold. Ia turut dijana cip lapan teras Snapdragon 855+, memori 8GB RAM, storan 256GB dan bateri sebesar 3300 mAh. Kamera utama pada bahagian belakang adalah kombinasi 12+12 MP dan kamera swafoto pula sebesar 10 MP f/2.4. Kamera utama menggabungkan lensa sudut lebar f/1.8 dan lensa ultra sudut lebar f/2.2.

Samsung Galaxy Z FlipPada panel luaran terdapat skrin mini sebesar 1.1″ yang boleh memaparkan notifikasi penting, skrin sesentuh untuk menjawab panggilan telefon dan juga skrin kecil untuk mengambil swafoto. Pada Galaxy Z Flip mekanisme lipatan ditambah baik dengan berus pada bahagian dalaman yang menghalang debu dari merosakkan komponen dalaman.

Ia juga boleh dibuka pada sudut yang diinginkan pengguna yang beri nama Flex Mode. Dengan ini  peranti boleh diletakkan di atas meja dalam kedudukan huruf L bagi memudahkan proses mengambil swafoto.

Dengan harga jualan RM5888 sebuah, ia sedikit lebih murah berbanding harga jualan $1380 (~RM5946) di Amerika Syarikat. Sebelum ini Galaxy Fold ditawarkan pada harga RM8388 manakala Huawei Mate Xs pula pada harga RM11,111.



TIPS & ULASAN