Carian
Microsoft Hadir Dengan Peta Interaktif Untuk Covid-19
March 17, 2020 Aman

Microsoft kini telah hadir dengan sebuah laman khas yang memfokuskan kepada kemudahan memantau penularan dan perkembangan terkini berkaitan pandemik Covid-19.

Bing Covid


Ditawarkan sebagai halaman khas dibawah Bing, ia membolehkan pengguna melihat penularan wabak Covid-19 dalam sebuah peta interaktif. Data juga turut disusun mengikut negara, dan pengguna boleh mengikuti pelbagai berita semasa berkaitan wabak Covid-19 dengan memilih negara-negara berkaitan.

Walaubagaimanapun, untuk Malaysia sendiri, data yang dipaparkan mempunyai sedikit perbezaan angka berbanding dengan apa yang diumumkan oleh pihak KKM pada setiap hari. Microsoft mengatakan mereka mendapatkan data daripada beberapa sumber, termasuk WHO, CDC, ECDC dan Wikipedia.

Komen