(Ura-Ura) Samsung Dijangka Hadir Dengan Sensor 150-megapixel
March 17, 2020
Aman
Samsung sebelum ini telah pun sedia hadir dengan sensor kamera 108-megapixel sudah digunakan pada beberapa telefon pintar. Terbaru, hadir desas-desus baru mengatakan Samsung mungkin kelak akan hadir dengan sensor kamera 150-megapixel.
Ia diperkatakan sensor ISOCELL baru ini mungkin diperkenalkan pada suku ke-4 tahun ini, dan turut menggunakan teknologi Nonacell. Hasil rakaman gambar menggunakan sensor ini dijangka akan dimuatkan dibawah rakaman 16MP.
Buat masa ini, ia masih sekadar desas-desus lagi. Sekiranya benar, kita mungkin akan melihat sensor ini digunakan pada telefon pintar Xiaomi, selain pada beberapa peranti pengeluar lain.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.