Cari @ Amanz

Xiaomi Mi CC9 Pro adalah peranti pertama Xiaomi yang mendapat skor tinggi di DXOMark. Peranti ini untuk pasaran global dijenamakan semula sebagai Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro. Ia adalah peranti pertama dengan lensa 108MP dan peranti fotografi pertama Xiaomi yang Xiaomi ambil serius akan kualiti kameranya. Dukacita dimaklumkan yang peranti ini akan dinyah senarai dari laman web Xiaomi.

Peranti ini baru sahaja berusia empat bulan di China dan tiga bulan di Malaysia. Tetapi Xiaomi sudah tidak lagi ingin senaraikan peranti ini dalam senarai produk mereka. Menurut Lu Weibing, Xiaomi akan menyahsenarai peranti-peranti 4G yang berharga lebih 2000 Yuan (~RM1238.33) untuk memberi laluan kepada peranti 5G yang mampu milik. Tidak kira peranti mercu atau kelas pertengahan, semua peranti 4G dalam lingkungan harga tadi tidak lagi akan disenaraikan.

Tidak pasti jika perkara ini akan berlaku pada pasaran global ataupun hanya pasaran China. Apa-apa pun, kita perlu nantikan sahaja. Buat masa ini di laman web Xiaomi China dan global, kedua-dua siri MI CC9 Pro dan Mi Note 10 masih lagi dalam senarai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd