Beberapa tahun yang lalu, Intel telah membina sebuah cip pemprosesan eksperimentasi neuromorphic dinamakan Loihi yang menggunakan neuron seakan-akan otak manusia untuk tujuan kecerdasan buatan dan mempelajari benda-benda yang kompleks.
Selang beberapa tahun kemudian, beberapa penyelidik dari Universiti Cornell baru-baru ini dilaporkan telah mengajar sebuah cip Intel Loihi tersebut untuk menghidup 10 jenis bahan kimia yang bahaya.
Menurut mereka, cip Loihi tersebut mampu menghidup bahan-bahan kimia seperti aseton, amonia dan metana, walaupun apabila terdapat bau-bau yang lain disekitarnya.
Apa yang menarik mengenai eksperimen ini ialah cip Intel Loihi ini mampu mengenalpasti dengan jitu bau bahan-bahan kimia ini dengan menggunakan hanya satu sampel bahan kimia.
Penyelidik-penyelidik Cornell mencipta algoritma menghidu menggunakan cip Intel Loihi ini dengan meniru cara otak manusia menghidu bau, oleh kerana cip tersebut menggunakan sistem neural yang mirip dengan bagaimana otak berfungsi.
Walaupun “menghidu bau” merupakan salah satu aktiviti yang paling sukar untuk dilatih, penyelidik-penyelidik Cornell mengatakan bahawa banyak sistem pembelajaran dalaman lain memerlukan sekitar 3000 kali lebih banyak sampel sebelum sebuah CPU boleh mempelajarinya.