Cari @ Amanz

Masihkah anda ingat dengan aplikasi tular MSQRD yang mempopularkan penggunaan topeng realiti terimbuh pada swafoto. Bagi mereka yang masih menggunakan aplikasi ini, ia akan berhenti beroperasi selepas 13 April 2020. Pengumuman penutupan aplikasi ini telah dilakukan menerusi laman Facebook mereka semalam.

Selepas menjadi tular MSQRD telah diambil alih oleh Facebook pada tahun 2016. Fungsi unik MSQRD kemudian telah dintegrasikan ke dalam aplikasi Facebook dan Instagram. Oleh sebab inilah MSQRD menghentikan operasi kerana ia melakukan fungsi yang sama tanpa nilai tambahan yang boleh diakses pada dua aplikasi tersebut.

Pasukan MSQRD kini akan menumpukan perhatian membangunkan ciri baharu realiti terimbuh menggunakan platform Spark AR. Ini kemudiannya boleh digunakan pada aplikasi lain di bawah payung Facebook.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd