Fujitsu Arrows 5G Diperlihatkan – Snapdragon 865, Skrin Melengkung, 5G, 48MP

Fujitsu Arrows 5G Diperlihatkan – Snapdragon 865, Skrin Melengkung, 5G, 48MP

Diterbitkan pada Mac 17, 2020 oleh .

Antara peranti yang akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 865 telah pun disenaraikan oleh Qualcomm sebelum ini. Kita sudah tahu antara peranti yang dijana dengan cip ini adalah Xiaomi, Oppo, Galaxy S20 (pasaran luar) dan terdapat banyak lagi. Salah satu yang tersenarai adalah FCNT, iaitu Fujitsu Connected Technologies Limited. Ya, tahun ini Fujitsu akan melancarkan sebuah peranti mercu juga. Peranti ini telah diperlihatkan di laman web rasmi mereka secara tidak sengaja, kerana laman web mereka telah pun membuang senarai produk ini.

Nama peranti adalah Fujitsu Arrows 5G. Ia menggunakan skrin melengkung 6.7-inci, FHD+, AMOLED, dilindungi dengan Gorilla Glass 5, skrin berlubang untuk lensa swafoto 32MP, dan di bawah skrin adalah sensor pengimbas cap jari jenis ultrasonik. Ini adalah yang kedua selepas siri Galaxy S20 menggunakan sensor ini. Ia dijana dengan Snapdragon 865 dan dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Pada panel belakang terdapat modul kamera segi empat yang memuatkan lensa 48MP + 16.3MP + 8MP. Peranti ini juga hadir dengan aplikasi Photoshop Express terbina untuk suntingan gambar. Bateri adalah 4070mAh dengan sokongan pengecasan pantas USB-PD dan turut mempunyai perlindungan IP68. Spesifikasi lain adalah, sokongan WiFi 6, Bluetooth 5.1 dan NFC.

Peranti ini dilihat akan dilancarkan pada musim bunga 2020 dan tiada lagi harga diumumkan. Disebabkan panel belakang peranti kelihatan penjenamaan Docomo, ia adalah jelas sekali dikhususkan untuk pasaran Jepun. Peranti ini kelihatan menarik dan ringkas sahaja. Tetapi kita jarang lihat peranti Fujitsu, jadi sejauh mana kehebatan peranti ini masih menjadi misteri.


TIPS & ULASAN