ZTE Akan Melancarkan Axon 11 5G 23 Mac Ini

ZTE Akan Melancarkan Axon 11 5G 23 Mac Ini

Diterbitkan pada Mac 17, 2020 oleh .

Pada bulan lalu, ZTE telah memperlihatkan peranti Axon 10s Pro. Ia adalah peranti pertama yang dijana dengan Snapdragon 865 dan turut menyokong rangkaian 5G. Ia hadir dengan skrin 6.47-inci AMOLED, menggunakan memori sehingga 12GB RAM LPDDR5, storan sehingga 256GB, dan bateri berkapasiti 4000mAh. Peranti ini menggunakan tri-kamera gabungan 48MP + 20MP + 12MP, selain kamera swafoto 20-megapixel.

Terkini, ZTE di China telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan ZTE Axon 11 5G pada 23 Mac ini. Acara pelancaran ini akan diadakan secara atas talian dek kerana wabak koronavirus ini. Peranti ZTE 10s pula sepatutnya diperlihatkan dengan lebih lanjut pada acara MWC 2020, namun akibat dibatalkan tiada informasi lanjut mengenai peranti tersebut. Jadi ada kemungkinan besar yang ZTE Axon 10s adalah ZTE 11 5G yang akan dilancarkan kelak.



TIPS & ULASAN