Carian
Samsung Akan Menamatkan Perkhidmatan PlayGalaxy Link Pada 27 Mac 2020
March 17, 2020 Aman

Samsung PlayGalaxy Link merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Samsung dalam bentuk beta sejak penghujung tahun dahulu – membolehkan pengguna strim permainan komputer terus ke peranti Galaxy Note 10.

Sejak daripada itu, mereka turut telah mula memperluaskan penawaran kepada beberapa peranti Samsung lain, termasuk Galaxy S10, Galaxy S10+, dan juga Galaxy S10e.

Apa pun, agak mendukacitakan kerana kini nampaknya perkhidmatan berkenaan akan ditamatkan tidak lama lagi. Melalui halaman rasmi PlayGalaxy Link, mereka menyatakan perkhidmatan berkenaan akan ditamatkan pada 27 Mac 2020 ini.

Pihak Samsung tidak menerangkan lanjut mengenainya buat masa ini. Tetapi, sebelum ini, Samsung dan Microsoft pernah mengumumkan kerjasama, mengatakan bakal menawarkan pengalaman penstriman permainan yang baik melalui peranti Galaxy pada tahun 2020 ini. Mungkin disebabkan oleh itu, Samsung memilih untuk menamatkan penawaran PlayGalaxy Link ini.

Komen