Carian
FoodPanda Hadir Dengan Penawaran Penghantaran Tanpa Sentuh
March 17, 2020 Aman

Kerajaan kini telah pun mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020 ini. Selari dengannya, kini pihak FoodPanda mengumumkan penawaran perkhidmatan penghantaran tanpa sentuh untuk para pelanggan di Malaysia.

Melalui penawaran baru ini yang akan disediakan bermula 18 Mac 2020 ini, pengguna boleh membuat tempahan pada FoodPanda, dan menggunakan sokongan chat untuk membuat permohonan penghantaran tanpa sentuh.

Seterusnya, dengan pilihan penghantaran berkenaan, makanan akan dihantar di pintu atau dilokasi yang ditetapkan tanpa perlu bertemu. Penghantar juga akan memberitahu pengguna melalui ciri chat atau panggilan telefon selepas melakukan penghantaran. Penghantar juga akan memastikan mereka berada dalam jarak 1 meter daripada penerima.

Bagi anda yang sering membuat tempahan makanan melalui FoodPanda, boleh menyemak ciri penghantaran tanpa sentuh ini bermula esok.

FoodPanda Tanpa Sentuh

Komen