Oppo A91 Akan Dilancarkan Secara Atas Talian Esok

Oppo A91 Akan Dilancarkan Secara Atas Talian Esok

Diterbitkan pada Mac 17, 2020 oleh .

Oppo A91 disahkan akan dilancarkan secara rasmi eksklusif secara atas talian di Malaysia esok. Peranti ini dilengkapi skrin 6.4″ FHD+ AMOLED, dijana cip MediaTek Helio P70, memori sebesar 8GB, storan 128GB UFS 2.1 dan bateri sebesar 4025 mAh yang menyokong pengecasan 20W VOOC. Sebuah pengimbas cap jari dalam skrin turut disertakan.

Spesifikasi kamera pula ialah 48+8+2+2 MP dengan kamera swafoto pula sebesar 16 MP diletakkan dalam takuk skrin. Sistem kamera yang disokong pul ialah ultra lebar, hitam putih dan pengesan kedalaman. Tiada kamera telefoto optikal disertakan. Sedikit mengecewakan peranti ini masih lagi menggunakan Android 9 dan pelancar ColorOS 6.1.

Pada waktu ini harga masih belum diumumkan tetapi ia hanya boleh dibeli menerusi Lazada, Shopee and kedai atas talian OPPO bermula esok jam 6 petang.



TIPS & ULASAN