Astro Tawar Tontonan Percuma Untuk Semua Saluran Filem Sehingga 31 Mac 2020

Astro Tawar Tontonan Percuma Untuk Semua Saluran Filem Sehingga 31 Mac 2020

Diterbitkan pada Mac 17, 2020 oleh .

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan mula dilaksanakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020 ini, ramai yang akan menetap dirumah dalam melakukan urusan harian dan urusan kerja mereka. Selari dengannya, kini Astro hadir dengan penawaran tontonan percuma untuk semua saluran filem.

Astro Percuma

Astro mengatakan, bermula 6 pagi, 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 ini, pengguna Astro boleh menikmati tontonan percuma untuk semua saluran filem di Astro dan juga Astro GO.

Antara saluran filem yang akan ditawarkan untuk semua adalah termasuk:
Boo
HBO
Cinemax
FOX Movies
FOX Family Movies
FOX Action Movies
tvN Movies
Celestial Movies
Astro Citra
Tayangan Hebat
Thangathirai
BollyOne
HITS Movies
Celestial Classic Movies

Untuk pelanggan NJOI pula, anda akan ditawarkan dengan akses percuma kepada dua saluran tambahan, iaitu KIX dan juga Nat Geo WILD.


TIPS & ULASAN