Cari @ Amanz

“Google Discover” Kini Membenarkan Pengguna Melaporkan Berita Palsu

Link Copied!

“Google Discover” adalah fungsi yang terbina dalam aplikasi Google. Ia akan memaparkan berita harian, cuaca dan cadangan artikel menarik untuk dibaca. Ia akan menggunakan data pengguna, berdasarkan carian yang kerap dilakukan pada Google Search atau laman web yang kerap dibuka.

TerkiniGoogle telah mengemaskini “Google Discover” ini dengan fungsi baru. Fungsi ini adalah melaporkan berita atau artikel yang terpapar. Akan terdapat pilihan untuk melaporkan kandungan yang mengelirukan atau sensasi, ganas atau menjijikkan, benci atau kesat dan lain-lain.

Pengguna hanya perlu tekan butang tiga titik dan dan ia akan memaparkan pilihan Share untik kongsi, Hide this story untuk sembunyikan kandungan yang dipilih, Don’t show stories from [laman web] untuk terus halang kandungan dari sesuatu laman web terpapar, Not interested in [topik] untuk terus buang minat mengenai sesuatu topik, Manage interests untuk uruskan minat pengguna, Report content untuk membuat laporan dan juga Send feedback untuk memberi maklum balas terus kepada Google.

Fungsi ini dilihat hadir dalam aplikasi Google versi 10.99 atau yang terkini. Semak Google Play Store untuk kemaskini aplikasi Google. Fungsi ini akan membantu anda hanya lihat kandungan yang sahih.


Komen ()