Aplikasi Menyunting Gambar Google ‘Snapseed’ Memerima Kemaskini Pertama Sejak 2018

Aplikasi Menyunting Gambar Google ‘Snapseed’ Memerima Kemaskini Pertama Sejak 2018

Diterbitkan pada Mac 18, 2020 oleh .

Tahukah anda yang Google ada aplikasi menyunting gambar tersendiri? Aplikasi ini adalah “Snapseed“. Ia dilancarkan pada tahun 2012 dan Google menjaga aplikasi ini sehingga 2018 dengan menjaga pembangunannya, seperti memberi kemaskini. Kemudian tiada lagi kemaskini kelihatan, tiada fungsi baru, tiada ciri baru atau sebagainya.

Sehinggalah hari ini, Google akhirnya mengedarkan kemaskini pertama sejak 2018. Ini bermakna aplikasi ini tidak mati lagi. Ya lah, Googlekan rajin membunuh perkhidmatan/aplikasi mereka. Kemaskini ini hanya membaiki pelijat sahaja, tiada perkara lain.

Walaupun dalam log perubahan Google menyenaraikan, yang ia kini menyokong mod tema gelap. Akan tetapi itu sudah pun hadir sejak 2018 lagi. Ini mungkin sokongan untuk Android 10, tetapi apabila sistem peranti menggunakan tema gelap – Snapseed tidak pun berubah menjadi gelap.

Tapi syukur, aplikasi ini masih hidup. Kerana ini adalah antara aplikasi kegemaran saya untuk suntingan gambar. Aplikasi versi baharu ini adalah 2.19.1.296369727. Versi akhir sejak 2018 adalah 2.19.0.201907232.

Kemaskini Snapseed Di Google Play Store

Kemaskini Snapseed Di APK Mirror


TIPS & ULASAN