Google Memperkenalkan Transcribe Untuk Peranti Android – Terjemah Pertuturan Kepada Teks Dalam Masa Nyata

Google Memperkenalkan Transcribe Untuk Peranti Android – Terjemah Pertuturan Kepada Teks Dalam Masa Nyata

Diterbitkan pada Mac 18, 2020 oleh .

Jika anda berada di negara-negara asing, dan memerlukan terjemahan yang cepat dan mudah, anda sudah pastinya akan menggunakan aplikasi Google Translate untuk menterjermah teks-teks kepada bahasa yang difahami.

Google hari ini telah memperkenalkan ciri Transcribe melalui Google Translate, dimana ia mampu menterjemah percakapan terus kepada teks yang mudah difahami.

Sebelum ini, Google Translate mampu menterjermah percakapan pendek, seperti perkataan ataupun ayat yang mudah, tetapi kini, ia mampu menterjemah pertuturan yang panjang kepada teks didalam bahasa lain pada masa yang nyata,

Menurut Google, Transcribe hadir untuk peranti Android buat masa ini, dan mampu melakukan menterjemah lapan bahasa, termasuklah bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Hindi, Portugal, Rusia, Sepanyol dan Thai.

Google Translate mampu menterjemah 43 bahasa tanpa masalah, dan Transcribe menggunakan enjin terjemahan yang sama, disamping kecerdasan buatan untuk menterjemah percakapan kepada teks tanpa had masa.

Buat masa ini, pengguna hanya boleh melihat transkripsi melalui peranti, dan tidak boleh menyimpan atau mengeksport audio dan teks yang diterjemah tersebut.

Google juga mengatakan bahawa Transcribe akan tiba untuk peranti iOS di masa akan datang.



TIPS & ULASAN