Apple Menyenaraikan 4 Model iPad Pro Baru Secara Tidak Sengaja

Apple Menyenaraikan 4 Model iPad Pro Baru Secara Tidak Sengaja

Diterbitkan pada Mac 18, 2020 oleh .

Apple nampaknya akan memperkenalkan kemaskini kepada peranti iPad Pro mereka pada tahun ini, menurut penyenaraian empat buah model iPad Pro baru di laman web Apple China.

Menurut laporan iPhone in Canada, Apple telah menyenaraikan empat buah model iPad Pro baru, dimana dua daripadanya ialah model 11 inci, dan dua lagi ialah model 12.9 inci. Sama seperti model generasi kedua, peranti-peranti ini hadir dengan pilihan WiFi sahaja, dan selular dengan WiFi.

Tidak banyak yang diketahui mengenai peranti-peranti ini selain kewujudannya buat masa ini, tetapi jika ura-ura boleh dipercayai, Ming Chi-Kuo, penyelidik pasaran yang terkenal untuk tekaannya yang tepat, iPad Pro terbaru ini akan hadir dengan modul kamera tiga lensa yang baru dengan kebolehan pemetaan 3D, lebih kurang sama seperti apa yang digunakan oleh iPhone 11 Pro.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah Apple akan memperkenalkan kemaskini iPad Pro ini.


TIPS & ULASAN