Cari @ Amanz

Celcom, salah satu daripada syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa Imri Mokhtar bakal menyertai syarikat tersebut pada bulan Mei kelak.

Imri COO

Beliau akan menyandang jawatan Ketua Pegawai Operasi Celcom bermula 1 Mei 2020 kelak. Sebelum ini, beliau memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dari November 2018 hingga Jun 2019 di Telekom Malaysia sebelum dijawat sebagai Ketua Pegawai Operasi syarikat tersebut.

Imri Mokhtar mempunyai pengalaman selama 24 tahun didalam arena telekomunikasi tempatan dan akan bertanggungjawab dalam meningkatkan prestasi syarikat didalam beberapa sektor, termasuklah operasi rangkaian, pemangkin digital, informasi teknologi, transformasi perniagaan, pengurusan program, kawalselia, undang-undang, dan fungsi korporat lain.

Mengulas berkenaan pelantikan tersebut, Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata:

“Celcom melangkah ke tahun 2020 dengan iltizam untuk mengekalkan kedudukan kami dalam mendahului industri sebagai penyedia rangkaian terluas di Malaysia, serta aspirasi untuk menjadi Organisasi Digital yang Menginspirasi di Negara ini. Pelantikan ini sangat tepat pada masanya memandangkan kami sedang meletakkan fokus yang jelas ke arah Kecemerlangan Operasi dan memacu pertumbuhan melalui inovasi, pendigitalan, dan segmen perniagaan baru.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd