Carian
Royole Flexpai 2 Akan Dilancarkan Pada 25 Mac
March 18, 2020 Effi Saharudin

Peranti dengan skrin boleh lipat pertama dunia ialah Royole Flexpai yang diumumkan pada Disember 2018. Walaupun ia yang pertama, jualannya adalah amat terhad dengan tumpuan diberikan kepada negara China. Sungguhpun begitu peranti generasi kedua Royole Flexpai 2 akan dilancarkan pada 25 Mac.

Tiada imej acah dikongsi bagi menunjukkan perbezaan rekaan. Dari beberapa maklumat yang didengari ia akan menggunakan cip Snapdragon 865. Pada asalnya Flexpai 2 akan dilancarkan sebelum MWC Barcelona tetapi dengan serangan wabak Covid-19 acara ini telah ditangguhkan. Selain menghasilkan telefon pintar boleh lipat. Royole juga ada menghasilkan speaker pintar Mirage dengan skrin melengkung 360 darjah.

Komen