“Works with Chromebook” Diperkenalkan – Aksesori Diiktiraf Untuk Digunakan Pada Chromebook

“Works with Chromebook” Diperkenalkan – Aksesori Diiktiraf Untuk Digunakan Pada Chromebook

Diterbitkan pada Mac 18, 2020 oleh .

Apple ada “Made for iPhone” dan Google ada “Made for Google”. Ia adalah tanda untuk menyatakan sesuatu aksesori atau gajet itu boleh digunakan bersama-sama dengan barangan Apple dan Google. Lebih-lebih lagi iPad, iPhone dan Google Pixel. Melalui aksesori yang diiktiraf seperti ini, tiada isu akan berlaku pada peranti pengguna dan keselamatan dan fungsi dijamin.

Terkini, Google telah memperkenalkan “Works with Chromebook” pula. Ia adalah untuk aksesori yang diiktiraf yang boleh digunakan pada mana-mana peranti Chrome OS, atau Chromebook. Ya, benar dek kerana kernel Linux yang digunakan dalam Chrome OS banyak sahaja aksesori seperti papan kekunci, tetikus, alat kawalan, pemacu USB dan banyak lagi boleh sahaja digunakan. Tetapi akan ada sahaja aksesori yang tidak boleh digunakan. Jadi, bagi memudahkan pengguna – aksesori yang disahakn sokongan atau diiktiraf akan ada logo “works with chromebook”. Aksesori-aksesori yang ada logo ini alan mula dijual di Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun.

Antara jenama aksesori terkenal seperti Logitech, Anker, Belkin, Brydge dan Kensington turut sertai untuk memastikan aksesori mereka diiktiraf. Logitech pula sudah pun mula menyenaraikan tetikus siri-M yang boleh digunakan pada Chromebook (M100, M310, M317, M325, M510, M705).



TIPS & ULASAN