Beberapa hari yang lalu MyEG mula menawarkan kit ujian Covid-19 di rumah pada harga bermula RM99 sebuah. Pengumuman mereka ini mendapat perhatian ramai di mana pelbagai negara di seluruh dunia mengalami masalah mendapatkan kita ujian di hospital. Lanjutan daripadanya, semalam laman Facebok Kementerian Kesihatan Malaysia mengatakan kit yang dijual MyEG ini adalah palsu,
Walau bagaimanapun, KKM tidak menyatakan apakah yang palsu mengenai kit yang dijual MyEG berkenaan. Sama ada ia tidak berfungsi seperti diiklankan atau kerana masih belum menerima kelulusan dari pihak KKM pada waktu ini. Menurut MyEG kit mereka boleh memberikan keputusan pengguna dijangkiti virus SAR-Cov-19 dalam masa hanya lima belas minit. Pada waktu ini iklan jualan kit ini masih lagi dipaparkan pada muka hadapan laman MyEG,