Cari @ Amanz

Samsung Pay Bakal Menerima Sokongan Mod Tema Gelap

Link Copied!

Samsung Pay adalah sistem pembayaran nirwayar Samsung. Ia telah hadir di Malaysia agak lama, sebelum Boost atau dompet digital lain wujud. Saya masih ingat lagi, saya mula menggunakan Samsung Pay sejak Galaxy S7 lagi. Samsung Pay memerlukan pengguna selarikan kad debit, kredit atau kad pra bayar pada aplikasi mereka dan terus menggunakan NFC pada peranti untuk membuat pembayaran mana-mana mesin terminal pembayaran.

Aplikasi Samsung Pay sehingga hari ini masih menggunakan tema warna putih yang amat terang dan cerah. Walaupun peranti Samsung sudah mempunyai sokongan mod tema gelap pada One UI 2.0, Samsung Pay masih tidak menyokong tema gelap. Baru-baru ini, pengguna Reddit telah mendapati aplikasi Samsung Pay pada peranti beliau mula menerima mod tema gelap. Akan tetapi, mod tema gelap pada Samsung Pay ini bukan hitam OLED – sebaliknya seakan kelabu gelap sahaja.

Masih tidak pasti peranti apa dan versi OneUI mana menerima sokongan tema gelap pada Samsung Pay ini. Tetapi, ia adalah satu perkara yang menarik bagi pengguna Samsung Pay. Imej tangkapan skrin yang anda lihat ini mungkin berbeza dengan Samsung Pay Malaysia. Ia berbeza kerana beza negara dan peranti. Samsung mungkin mengedarkan kemaskini ini secara berperingkat. Apa-apa pun nantikan sahaja kemaskini ini tiba ke peranti anda.


Komen ()