Di dalam kesemua kereta konsep masa hadapan yang diperlihatkan sejak akhir-akhir ini, papan pemuka yang dilengkapi skrin gergasi digunakan secara meluas. Terdapat ramalan dalam masa satu generasi sahaja, sistem swapandu akan menjadi standard dan paparan gergasi boleh menjadi sistem inforia penumpang. Continental yang terkenal sebagai syarikat pengeluar tayar telahpun melancarkan paparan papan pemuka yang boleh menujukan kandungan tiga dimensi.
Skrin tiga dimensi ini boleh digunakan tanpa kaca mata khas. Dengan sensor penjejak pergerakan mata, skrin akan memastikan kandungan tiga dimensi akan kelihatan terapung sempurna dari pandangan pemandu.
Menurut Continental paparan tiga dimensi adalah perlu kerana notifikasi boleh “terkeluar” dari skrin untuk menunjukkan ia perlu mendapat perhatian penumpang. Contohnya ialah amaran penutupan jalan atau masalah sistem enjin. Paparan tiga dimensi ini akan digunakan pertama kali pada kereta Hyundai Genesis G80 kelak.
Mereka kini sedang membangunkan paparan tiga dimensi generasi kedua dengan teknologi Diffractive Lightfield Backlighting (DLB) oleh Leia Inc. Skrin ini bukan sahaja akan digunakan pada papan pemuka tetapi juga pada sistem inforia penumpang belakang,