Perkhidmatan Bantuan Pelanggan Google One Di Malaysia Dihadkan

Perkhidmatan Bantuan Pelanggan Google One Di Malaysia Dihadkan

Diterbitkan pada Mac 18, 2020 oleh .

Google One adalah satu hab pengurusan Google Drive. Di mana, Google One ini hanya boleh diakses oleh pengguna Google Drive yang mempunyai langganan Google Drive sekurang-kurangnya 100GB. Google turut memberi faedah premium kepada pengguna Google One, seperti perkhidmatan bantuan 24 jam, bantuan melalui permesejan dengan maklum balas pantas atau juga diskaun tempahan hotel.

Terkini, Google telah mengehadkan pasukan perkhidmatan bantuan pelanggan Google One di Malaysia. Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan para pekerja mereka, Google lebih menggalakkan pengguna merujuk pautan Pusat Bantuan untuk bantuan lanjut.

Sebagai langkah berjaga-jaga untuk memelihara kesihatan pakar sokongan kami berikutan penularan wabak COVID-19, kini kami beroperasi dengan pasukan yang terhad. Terima kasih atas kesabaran anda kerana anda mungkin perlu menunggu lebih lama daripada biasa untuk berhubung dengan kami. Anda boleh merujuk Pusat Bantuan untuk mendapatkan sokongan tambahan.

Bagi pengguna Google One di Malaysia, harap anda bersabar jika perlu menunggu lebih lama untuk membuat panggilan telefon atau menantikan wakil Google mesej anda.


TIPS & ULASAN