Logo Baru OnePlus Kini Rasmi

Logo Baru OnePlus Kini Rasmi

Diterbitkan pada Mac 18, 2020 oleh .

Usia OnePlus sudah pun enam tahun. Buat pertama kalinya sejak 2014, OnePlus membuat keputusan untuk mengubah identiti visual mereka untuk jenama mereka ini. Hari ini, OnePlus telah memperlihatkan logo baharu OnePlus.

Logo baharu OnePlus ini kelihatan lebih kurang sama sahaja, dengan nombor satu di dalam satu kotak yang sudutnya ada simbol tambah. Akan tetapi nombor satu pada logo mereka diubah dengan sedikit lengkungan agar lebih mudah untuk dibaca. Bukan itu sahaja, OnePlus turut akan mula menggunakan pelbagai palet warna baharu seperti sian, hijau, merah tua, indigo dan kuning. Jika anda perasan, simbol tambah pada sudut kotak logo juga kini lebih besar. OnePlus turut menggunakan font baharu untuk slogan mereka “Never Settle”.

Menurut OnePlus, mereka mengambil masa selama 7 bulan untuk hadir dengan rekaan logo baru ini. OnePlus turut katakan yang mereka tidak akan mengubah diri mereka tetapi akan lebih memperkukuhkan siapakah OnePlus dan pendirian mereka sambil memegang semangat “Never Settle”. Dengan pengenalan logo baru ini, ia akan memberi perasaan gembira dan seimbang kepada pekerja dan komuniti.

Sumber: [1], [2]


TIPS & ULASAN