Kekerapan Perkhidmatan Rel RapidKL Diubah Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Kekerapan Perkhidmatan Rel RapidKL Diubah Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Diterbitkan pada Mac 18, 2020 oleh .

Sepanjang tempoh kawala pergerakan yang berkuatkuasa hari ini, ramai diarahkan bekerja dari rumah bagi mengurangkan kebarangkalian dijangkiti wabak Covid-19. Antara persoalan yang kami lihat kerap ditanya di media sosial ialah sama ada perkhidmatan pengangkutan awam akan diteruskan?

RapidKL sebentar tadi mengesahkan perkhidmatan rel mereka akan diteruskan dengan hanya perubahan pada kekerapan. Bermula 20 Mac ini hingga 31 Mal, kekerapan perkhidmatan rel ialah setiap 10 minit. Jadual baharu ini adalah untuk laluan Kelana Jaya, Ampamg/Sri Petaling, MRT Sungai Buloh-Kajang dan KL Monorel. Pihak RapidKL juga ingin mengingatkan pengguna bahawa mereka kerap melakukan proses pembersihan pada tren dan stesen bagi mengelakkan penyebaran virus SAR-CoV-19.



TIPS & ULASAN