Oppo A91 Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM999

Oppo A91 Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM999

Diterbitkan pada Mac 18, 2020 oleh .

Oppo Malaysia hari ini telah melancarkan sebuah lagi peranti baru untuk pasaran tempatan, iaitu Oppo A91. Telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi pertengahan, dan akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM999 melalui Lazada.

Oppo A91 hadir dengan skrin FHD+ AMOLED bersaiz 6.4-inci, dilengkapi cip MediaTek Helio P70, memori 8GB RAM dan storan 128GB UFS 2.1. Ia turut menyertakan bateri 4025mAh dengan sokongan pengecasan 20W VOOC.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan empat-kamera belakang gabungan 48MP + 8MP + 2MP + 2MP, dengan kamera swafoto 16MP.

Bagi anda yang berminat, boleh pra-tempah Oppo A91 ini bermula hari ini di Lazada.

Beli : Oppo A91



Paling Popular