KFC Dan Pizza Hut Mula Menawarkan Penghantaran Tanpa Sentuh

KFC Dan Pizza Hut Mula Menawarkan Penghantaran Tanpa Sentuh

Diterbitkan pada Mac 18, 2020 oleh .

KFC dan Pizza Hut hari ini mula menawarkan penghantaran tanpa sentuh kepada pelanggan yang memesan makanan. Ini adalah selari dengan gesaan kerajaan yang menyarankan jarak pengasingan di antara individu bagi memerangi wabak Covid-19.

Sepanjang tempoh tempoh kawalan pergerakan ini kesemua restoran KFC dan Pizza Hut tidak akan lagi membenarkan pelanggan makan di dalam premis. Bagi mengurangkan beban pelanggan sepanjang tempoh pengasingan ini, KFC akan menawarkan potongan RM10 untuk setiap pesanan. Pelanggan Pizza Hut pula boleh menikmati tawaran beli satu percuma satu dengan setiap pesanan.



TIPS & ULASAN