Cari @ Amanz

Pratempahan untuk Samsung Galaxy Z Flip telah dibuka semalam tetapi pihak Samsung Malaysia telah melanjutkannya sehingga 22 Mac 2020. Pada asalnya ia hanya dibuka pada 17 Mac dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.  Di Malaysia peranti boleh dimiliki pada harga RM5899 sebuah. Pelanggan yang melakukan pratempahan akan gantian skrin percuma sekiranya mengalami kerosakan dalam masa 12 bulan pertama.

Galaxy Z Flip dilengkapi skrin boleh-lipat sebesar 6.7″ Dynamic AMOLED FHD+ yang digunakan juga adalah yang pertama menggunakan skrin ultra nipis UTG yang lebih tahan lasak berbanding skrin plastik Fold. Ia turut dijana cip lapan teras Snapdragon 855+, memori 8GB RAM, storan 256GB dan bateri sebesar 3300 mAh. Kamera utama pada bahagian belakang adalah kombinasi 12+12 MP dan kamera swafoto pula sebesar 10 MP f/2.4. Kamera utama menggabungkan lensa sudut lebar f/1.8 dan lensa ultra sudut lebar f/2.2.

Pada panel luaran terdapat skrin mini sebesar 1.1″ yang boleh memaparkan notifikasi penting, skrin sesentuh untuk menjawab panggilan telefon dan juga skrin kecil untuk mengambil swafoto. Pada Galaxy Z Flip mekanisme lipatan ditambah baik dengan berus pada bahagian dalaman yang menghalang debu dari merosakkan komponen dalaman.

Ia juga boleh dibuka pada sudut yang diinginkan pengguna yang beri nama Flex Mode. Dengan ini  peranti boleh diletakkan di atas meja dalam kedudukan huruf L bagi memudahkan proses mengambil swafoto.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd