Realme Bakal Hadir Dengan Siri Peranti Baru, Dinamakan “Narzo”

Realme Bakal Hadir Dengan Siri Peranti Baru, Dinamakan “Narzo”

Diterbitkan pada Mac 19, 2020 oleh .

Realme merupakan salah satu sub-jenama dibawah Oppo yang beroperasi secara berasingan, dan mempunyai sejumlah produk pada harga yang kompetitif. Untuk tahun ini sahaja, mereka telah melancarkan Realme C3, selain turut hadir dengan siri Realme 6 baru-baru ini.

Selain daripadanya, Realme kini dilihat turut akan melancarkan siri keluarga baru, dinamakan “Narzo”.

Mengikut desas-desus, Narzo ini dijangka akan bersaing dengan siri peranti POCO dan juga Redmi yang dimiliki oleh Xiaomi. Sekiranya benar, maka kita mungkin akan melihat ia hadir dengan penawaran menarik ditujukan generasi muda, pada harga yang sangat kompetitif.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pelancaran rasmi siri Narzo ini. Memandangkan kita telah mula melihat ia diacah, maka mungkin kita akan melihatnya dalam bulan Mac atau April ini.



Paling Popular