Cari @ Amanz

Jutaan orang seluruh dunia kini telah mula bekerja dari rumah, sekaligus membawa kepada beberapa perubahan waktu kerja dan sebagainya. Hal ini, sekaligus membawa kepada impak bagaimana sesuatu perisian versi stabil akhir ditawarkan kepada pengguna.

Terbaru, Google telah mengumumkan yang mana mereka akan menangguhkan pengenalan versi stabil baru untuk Chrome dan juga Chrome OS. Hal ini adalah disebabkan perubahan gaya kerja, selain pada masa yang sama memastikan penawaran pelayar web versi stabil tidak mengalami sebarang gangguan atau pepijat yang tidak dikehendaki.

Penawaran kemaskini sekuriti akan dilakukan seperti biasa, dan menangguhkan pengenalan versi stabil terbaru untuk pelayar web berkenaan. Buat masa ini, pelbagai kemaskini sekuriti akan terus ditawarkan melalui versi Chrome 80 – dan versi pelayar web seterusnya yang biasanya ditawarkan enam minggu sekali akan dijadualkan kembali.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd