Carian
Ini Adalah Rekaan Vivo V19 Yang Bakal Dilancarkan Di Malaysia
March 19, 2020 • Aman

Vivo Malaysia kini dalam perancangan untuk memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, iaitu Vivo V19. Menariknya, model Vivo V19 untuk pasaran Malaysia adalah berbeza dengan apa yang ditawarkan di beberapa buah negara lain.

Vivo V19

Vivo V19 untuk pasaran tempatan bakal hadir dengan dwi-kamera hadapan dilengkapi sensor 32-megapixel. Selain daripada itu, bahagian belakang peranti pula menyertakan empat kamera belakang yang disusun dalam bentuk ā€œLā€.

Buat masa ini, spesifikasi penuh untuk telefon pintar ini masih belum diumumkan lagi. Dari rekaan yang diperlihatkan ini, apakah pendapat anda berkenaan telefon pintar terbaru daripada Vivo ini yang bakal dilancarkan tidak lama lagi?

Komen