Spesifikasi Cip Kirin 820 5G Tertiris – Hadir Dengan GPU Mali-G77

Spesifikasi Cip Kirin 820 5G Tertiris – Hadir Dengan GPU Mali-G77

Diterbitkan pada Mac 19, 2020 oleh .

Pada waktu ini Kirin 990 5G ialah satu-satunya cip 5G yang dikeluarkan oleh Hisilicon. Cip ini adalah untuk peranti mercu sahaja seperti Huawei Mate 30 5G. Tetapi ini akan berubah selepas spesifikasi Kirin 820 5G telah tertiris ke arena web.

Cip kelas pertengahan ini akan dihasilkan menggunakan teknologi 7nm, menggunakan CPU Cortex A76 pada teras utama dan GPU Mali-G77, Perubahan paling ketara di sini ialah Mali-G77 yang jauh lebih berkuasa berbanding Mali-G52 yang digunakan pada Kirin 810.

Dengan ini Kirin 820 5G mampu memberikan prestasi permainan video yang memuaskan pada sebuah peranti pertengahan. Setakat ini Honor 30s ialah peranti yang telah disahkan menggunakan Kirin 820G dan ia akan dilancarkan dalam masa terdekat.



TIPS & ULASAN