reMarkable 2 Ialah Tablet E-ink Yang Lebih Nipis Dari Sebuah Buku Kertas Kajang

reMarkable 2 Ialah Tablet E-ink Yang Lebih Nipis Dari Sebuah Buku Kertas Kajang

Diterbitkan pada Mac 19, 2020 oleh .

Walaupun skrin AMOLED mampu menawarkan jutaan warna dan resolusi yang tinggi. masih terdapat keperluan untuk skrin e-ink di pasaran. Ini adalah kerana ia kurang menggunakan bateri serta tidak diperlukan untuk pembaca ebuku. reMarkable 2 ialah sebuah tablet e-ink yang bukan sahaja bersaiz besar tetapi dengan ketebalan 4,7mm, ia jauh lebih nipis berbanding sebuah buku nota kertas kajang,

Skrin 10,3″ monokrom ini menyokong resolusi 1872×1404 pixel bagi memberikan kepadatan skrin 226 DPI, Sebuah cip 1 GHz ARM A9 menjana peranti dengan sokongan memori 512MB dam storan 8GB. Spesifikasinya amat rendah tetapi menurut pengeluar adalah lebih dari memadai untuk tugasan menghasilkan nota, membaca ebuku, menghasilkan lakaran dan membaca fail teks seperti PDF.

Sistem operasi yang berasaskan Linux turut digunakan. Bagi membolehkan lakaran dibuat, sebuah stylus digital yang tidak memerlukan bateri boleh dibeli secara berasingan. Akhir sekali bateri sebesar 3000 mAh tablet ini mampu memberikan tempoh operasi sehingga dua minggu sebelum perlu dicas semula.

Sebuah reMarkable 2 ditawarkan pada harga $399 (~RM1758) sebuah manakala stylus pula pada harga $99 (~RM436) sebuah.



TIPS & ULASAN