Carian
Samsung Galaxy M21 Diperkenal Dengan Tiga Kamera Utama – Exynos 9611 Dan Bateri 6,000mAh
March 19, 2020 Amy Maizuraa

Siri Samsung Galaxy M diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun lepas dengan keunikan tersendiri di samping memfokuskan pada kelas rendah bersama spesifikasi menarik. Terkini, Samsung sekali lagi mengemaskini keluarga Galaxy M dengan kemunculan Samsung Galaxy M21. Ia adalah pengganti kepada Samsung Galaxy M20 dan dilihat mempunyai beberapa perubahan menarik.

Samsung Galaxy M21 hadir dengan paparan bersaiz 6.4″ Super AMOLED FHD+ bersama rekaan takuk yang dikenali sebagai Infinity-U. Peranti ini dikuasakan oleh cip pemproses Exynos 9611 dan dipadankan dengan memori – 4GB + 64GB dan 6GB + 128GB. Untuk storan tambahan, ia turut menyokong slot microSD yang boleh dikembangkan sehingga 512GB.

Untuk kamera, ia membekalkan tiga kamera utama dengan gabungan lensa 48MP (utama) + 8MP (sudut lebar) + 5MP (kedalaman). Kamera swafoto pula adalah sebesar 20MP. Melengkapi peranti adalah bateri berkapasiti 6,000 mAh dengan pengecasan pantas 15W. Untuk keselamatan, ia menyertakan pengimbas cap jari fizikal pada panel belakang.

Samsung Galaxy M21 didatangkan dengan dua kemasan warna menarik iaitu Midnight Blue dan Raven Black. Ia ditawarkan untuk pasaran India pada harga bermula INR12,999 (~RM766).

Komen